advertlets

mangga

nuffnang

Friday, January 21, 2011

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.  45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.  Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untukmemasukinya. 
 
MOGA ADA MANFAAT BERSAMA..SHARING IS CARING....

Kau Memang Ahli Neraka?

Bismillahirrahmanirrahim.....
Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya yang leka.
” Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis:
Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?
Umar :Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.
Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk.
Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.
Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH?
Pemuda : MaafNYA lebih besar.
Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)
Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada ALLAH SWT dalam keadaan junub!”
Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!
Maka keluarlah pemuda itu.
Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya ALLAH, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”
Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:
Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala keselamatan.
Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.
Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH MENGAMPUNKANNYA.
Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.”
Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN LAGI……….selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa segera yang boleh.
Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini:
“Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!”
“Kau memang layak masuk neraka!”
Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka, janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka….wallahualam….

MOGA ADA MANFAAT BERSAMA.....SHARING IS CARING

Sunday, January 9, 2011

Jaga Tujuh Sunnah Nabi

Jaga Tujuh Sunnah Nabi
 
 Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:
 1. Tahajjud
    - Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
 
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
   - Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
 
3. Jangan tinggalkan masjid
   - Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga solat dhuha
   - Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga sedekah setiap hari
   - Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.
 
6. Jaga wuduk terus menerus
   - Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat   walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
7. Amalkan istighfar setiap saat
   - Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh itu, setiap waktu harus ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling berzat dan dengan berzikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang   berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

HAHAHAHA..MOGA ADA MANFAAT BERSAMA.....HAHAHAHAHA

HENTIKAN FESYEN LUCAH INI!!! (Tudung + Leggings)






HAHAHHA...POMPUAN DILUAR SANA...JGN PAKAI MACAM NIE...HAHAHAHAHA

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan
akhirnya nyawanya sendiri.

 
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
"Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal
Hidup, tidak mati.

 
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti
bumi.

 
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji
benih.

 
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan
mereka hadapi kelak.

 
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan
tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang
amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu,
ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.

 
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat
dahsyat.

 
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya
yang menakutkan.

 
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di
bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka
rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum
dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk
dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

 
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
 
- Pemimpin yang adil.
 
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
 
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
 
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
 
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
 
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
 
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
 
 
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
 
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

 
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam
bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama
cincin ditengah padang .. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.

 
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy
menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga
mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

 
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.

 
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk
menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
 
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.

 
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha
Bijaksana.

 
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

 
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
 
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
 
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
 
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

 
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar
jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia
lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan
dimudahkan menyeberanginya.

 
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya
seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan
kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa
menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja
yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

 
 
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

HAHAHAHA..MOGA ADA MANFAAT....HAHAHAHA