advertlets

mangga

nuffnang

Tuesday, June 1, 2010

Nak buang subsidi, buang dulu duti import kereta

Betul.

Jangan hanya pandai buang subsidi, duti import kereta pun harus dibuang terlebih dahulu. Kalau dibuang, kita boleh beli Honda City baru dijual RM35k sebijik, “on the road”. Ini kerana RM35k adalah harga pasaran. Dengan RM60k yang kita bayar untuk Proton Wira, kita boleh beli sebijik BMW.

Maka, bayaran ansuran bulanan kereta kita kelak akan rendah, tidaklah mencecah sampai RM600+ sebulan. Mungkin setakat RM300-400 sebulan sahaja. Dengan itu, rakyat Malaysia akan mampu membayar harga petrol tanpa subsidi.

Malahan, bagi rakyat Malaysia yang membeli kereta yang kecil dan lebih rendah cc dari Honda City, kos mereka akan jadi lebih murah dari mereka yang membeli Proton skrg ini dengan minyak yang disubsidikan.

Baru adil. Maklumat yang terbaru saya dapat, rundingan Proton dan Volkswagen telah menghadapi jalan buntu. Proton akan memacu diri mereka secara sendirian. Ini bererti duti import yang kita kenal selama ini akan kekal.

Dan rakyat Malaysia terpaksa membeli kereta Proton dengan harga sebuah BMW untuk selamanya kerana Proton tidak akan dapat bersaing di pasaran Antarabangsa sampai bila-bila, lebih-lebih lagi kalau mereka terus berada di bawah UMNO. Kereta-kereta jenama lain, terpaksa dibeli dengan harga lebih mahal dari harga BMW, nampaknya.

PAda waktu yang sama, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga minyak dengan harga pasaran, sekiranya BN masih memerintah Malaysia selepas Pilihanraya Umum depan.
Hail ah nasib rakyat Malaysia, tak tau lah anak-anak kita nanti nak jadi apa.

Hahahaha.......Gomen kita nie asyik nk hapuskan subsidi....

Hahahaha...benda-benda lain diorg tak fikir ka...

Hahahaha....Fikirla sama org-org yang berpendapatan rendah dan sederhana....

Hahahaha....Golongan atasan memangla tak payah subsidi....

Hahaha..jgn dok menyusahkan rakyat ja....

Hahaha...mmmm...Malaysiaku....

Hahaha....Bukankah rakyat didahulukan....

Hahhahaha...Moga kerajaan lebih bertimbang rasa....

Hahahah..Terima kasih kepada sahabat yang emailkan tajuk nie...

Hahahaha...moga ada manfaat...

No comments:

Post a Comment