advertlets

mangga

nuffnang

Thursday, July 1, 2010

Pemain England hisap cerut selepas kalah-KOsMo oNliNe



GAMBAR menunjukkan beberapa pemain England berehat dengan meminum bir dan menghisap cerut di sebuah hotel di Rusternberg, Afrika Selatan pada Ahad lalu.


LONDON - Beberapa pemain bola sepak England didapati menghabiskan masa minum bir dan menghisap cerut beberapa jam selepas mereka dimalukan apabila terkeluar daripada saingan bola sepak Piala Dunia selepas kalah pada Jerman 4-1 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemain-pemain England pulang lebih awal ke London selepas mereka ditewaskan pasukan Jerman pada Ahad lalu sekali gus menamatkan saingan mereka lebih awal dan mengecewakan impian berjuta-juta peminat.
Gelagat pemain England itu dirakamkan oleh pemain pertahanan, Ledley King dan disiarkan di beberapa buah akhbar di Britain.
Gambar itu dirakamkan dengan menggunakan telefon BlackBerry tetapi ia kemudian disebarkan oleh seseorang kepada umum.
Gelagat pemain-pemain England itu dirakamkan di hotel penginapan skuad tersebut di Rusternberg pada Ahad lalu.
Skuad England kembali ke London kelmarin dengan menaiki sebuah pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow kelmarin. - Agensi

HAHAHAAHAHA....BILA KALAH MACAM NIE LA....
HHAHAHAHAHA...MEMANG HEBAT....


No comments:

Post a Comment